REFLEKSI DIRI

 Saya Muhammed Isyhad Danish bin Ghazali Shafie dari DEC 2B semester 2 KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA PAHANG ingin menceritakan sedikit tentang refleksi diri saya sepanjang melakukan tugasan dalam subjek KQK 1051 .


Pada minggu pertama , saya diberi taklimat terperinci tentang subjek ini dan tugasan - tugasan yang harus dilakukan . pelajar juga dibahagikan kepada berkumpulan untuk aerodance . Kami diberi pilihan untuk memilih lagu dan gaya yang sesuai . Kemudian , setiap pelajar diberi tugasan untuk membuat satu poster dan slide berkaitan dengan topik yang dipilih dan saya memilih topik pengurusan stress . Pelajar juga diarahkan untuk memuat naik poster tersebut ke dalam blog serta membuat satu video pembentangan berkaitan tajuk slide yang dipilih .


Dalam minggu 2-5 , kami mengadakan perjumpaan bersama ahli grup seminggu sekali untuk membincangkan tentang lagu dan gaya untuk tugasan aerodance  . Kesemua ahli kumpulan saling memberi cadangan mereka dan menetapkan pilihan masing - masing . Kerjasama ini sangat membantu saya dan rakan - rakan dalam melakukan tugasan yang diberi . Perjumpaan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan saya dengan rakan rakan sekelas .


Dalam minggu 6-10 , kami akan melakukan latihan aeorodance setiap minggu di dewan besar bagi memastikan gerakan kami lebih seragam . Pensyarah kami iaitu Sir Mazlan juga selalu memantau keselamatan pelajar ketika latihan dan mencatat kehadiran pelajar . Aerodance ini juga membantu pelajar untuk kekal lebih aktif dalam aktiviti seharian mereka . Hasil dari latihan setiap mingu , gerakan kami akhirnya bertambah baik dan serasi . Saya merasa bangga dengan usaha dari rakan sekumpulan yang membantu saya menyiapkan tugasan ini .


Dalam minggu 7-12 dimana minggu 12 merupakan minggu terakhir untuk semester ini , kami sekumpulan telah berjaya menyiapkan semua tugasan termasuk aerodance . Dengan titik peluh ahli kumpulan masing - masing , gerakan kami terlihat lebih kemas dan menarik . Akhir kata untuk refleksi ini , saya dan ahli sekumpulan ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Sir Mazlan dan pelajar lain kerana memberi kerjasama yang baik dalam menyiapkan dan menjayakan subjek ini untuk semester 2 . Akhir kata lain , saya juga banyak memperoleh ilmu tentang aerodance ini dan malah menguatkan lagi semangat saya dalam melakukan kerja berpasukan .

Comments